 |
Antara peralatan dan gambar yang dipamerkan di khemah boling padang WBC |
TUTONG, 12 Mei - Karnival sukan Hyundai 2013 sekali lagi mengadakan projek jerayawaranya ke daerah-daerah. Selepas meninggalkan kenangan manis di Pekan Bangar, Temburong pada bulan April yang lepas, kini karnival tersebut menjejakkan kakinya ke Pekan Tutong di Daerah Tutong. acara kali ini berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Tutong.
Sepertimana juga di Daerah Temburong, di Daerah Tutong kali ini ini juga karnival tersebut turut disertai oleh Kelab Boling Padang Wisdom untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut dengan memperkenalkan sukan boling padang kepada masyarakat di Daerah Tutong.