wbc headline

wbc headline

Wednesday 27 February 2013

National Bowlers Register Triumph


Pg Mohd Salleh Chuchu Pg Hj Tuah (2nd R) and his daughter Dk Nurul Nabillah (2nd L) and Razif Abdul Hassan (L) from the Brunei Perdana team after taking the champion title following the final match of the Integration Lawn Bowls Championship at the Labuan International Lawn Bowls Arena, last Saturday. Picture: Courtesy of Wisdom Bowls Club
THE Brunei national lawn bowls team came back with the champion's trophy after beating Labuan A 18-6 in the final at the Integration Lawn Bowls Championship in Labuan, Malaysia mixed triples event, last Saturday.

The tournament, which began on Wednesday, took place at the Labuan International Lawn Bowls Arena and saw the participation of four Bruneian teams with the other three from the Wisdom Bowls Club.

Tuesday 26 February 2013

Brunei Perdana Juara lagi di Pulau Labuan

LABUAN, 23hb Februari 2013. Pasukan Brunei Perdana sekali lagi menempah nama sebagai juara di Arena Boling Padang Antarabangsa apabila mencipta kejayaan dengan memenangi kejohanan Integrasi sempena Hari Wilayah 2013 selepas menewaskan pasukan Labuan 'A' di perlawanan akhir. Kemenangan tersebut merupakan satu hadiah paling bermakna buat negara apabila kejayaan tersebut dicipta ketika Negara Brunei Darussalam meraikan ulang tahun Hari Kebangsaan yang ke 29 pada hari yang sama.

Pasukan Brunei Perdana juara di Kejohanan Boling Padang Integrasi Sempena Hari Wilayah 2013
 Selain pasukan Brunei Perdana, 3 lagi pasukan daripada Kelab Boling Padang Wisdom Brunei WBC turut menyertai kejohanan tersebut sebagai memenuhi undangan khas daripada Persatuan Lawn Bowls W.P. Labuan. Penampilan sulung di arena antarabangsa ini merupakan sukat-sukat terbaik buat WBC untuk mengorak langkah awal sebelum menempuh cabaran yang lebih getir di masa-masa akan datang.
Pasukan Wisdom Bowls Club menghantar 3 pasukan namun gagal melepasi halangan peringkat kumpulan.
Sekalipun ketiga-tiga wakil kelab ini gagal untuk melangkah ke pusingan kalah mati, namun pengalaman yang mereka perolehi merupakan azimat terbaik untuk dijadikan pengajaran di masa akan datang. Secara keseluruhannya kesemua pasukan dari Brunei berjaya menampilkan prestasi yang terbaik namun nasib ternyata tidak memihak kepada pasukan kelab di edisi kali ini. Jurulatih WBC, Hj Abd Ghafar POKL DSS Hj Mohd Taha yang kurang berpuas hati dengan mutu persembahan anak didiknya segera mengarahkan para pemain agar turun menjalani latihan secara konsisten sebaik pulang ke tanah air sebagai persiapan awal untuk menghadapi kejohanan yang akan datang. - Abd Rahim Mohd Taib -