wbc headline

wbc headline

Monday 3 September 2012

ADA KUALITI WALAU TEWAS

Muhd Halifi ketika perlawanan suku akhir menentang pasukan SUKMA Labuan A.

LABUAN, 29 Ogos - Hari ketiga kejohanan Boling Padang Mixed Fours Antarabangsa di wilayah Persekutuan Labuan menyaksikan kesemua empat pasukan Brunei tersungkur pada peringkat kalah mati. Pasukan Seri Brunei tunduk kepada pasukan senegara Yakin dalam perlawanan penentuan ke suku akhir dengan keputusan 11-15.
Pertembungan itu menyaksikan pemain remaja Brunei tampil dengan persembahan terbaik apabila berjaya melangkah jauh daripada jangkaan awal.

Sementara itu pasukan Brunei Perdana pula gagal melepasi pusingan ketiga apabila tewas tipis kepada Golden Star 'B'. Pasukan Labuan yang menurunkan pemain terbaik mereka turut menyingkirkan Brunei 2AR untuk slot ke suku akhir dengan kiraan 13-15.

Sekalipun tersingkir di peringkat kalah mati, namun kejohanan kali ini telah menjadi pentas terbaik buat para pemain muda menimba pengalaman paling berharga untuk di bawa pulang.

Menurut salah seorang pemain pasukan Brunei Yakin Halifi Hj Amli, sekalipun hasrat untuk bertanding di SUKMA 2012 Pahang Julai lepas tidak kesampaian namun latihan berterusan secara persendirian ternyata menampakan sedikit hasilnya apabila berjaya selesai dengan kedudukan lapan pasukan terbaik.

No comments:

Post a Comment