wbc headline

wbc headline

Wednesday 26 June 2013

WBC Terkandas di Suku Akhir

Hj Amli (kiri) berpasangan dengan Wonster @ John Henry Inter (kanan)
KOTA KINABALU: Hasrat pasukan Kelab Boling Padang Wisdom WBC untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Boling Padang Piala Borneo 2013 tidak kesampaian apabila terkandas di pertengahan jalan. WBC yang menampilkan pemainnya Haji Amli Hj Gafar yang bergandingan dengan Wonster @ John Henry Inter gagal mara ke pusingan separuh akhir selepas di sekat oleh pasukan Sabah di peringkat suku akhir.
WBC tewas tipis 10-11 kepada Sabah sekaligus meranapkan impian pemain WBC untuk sekurang-kurangnya pulang dengan membawa apa jua warna pingat. Di perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, WBC beraksi cemerlang apabila membuka tirai perlawanan dengan kejayaan menewaskan AB Sabah 18-14, terikat 12 sama dengan Erichin Sabah, menang keatas Swizerland 26-5 sebelum menewaskan Sandakan di perlawanan akhir peringkat kumpulan dengan catatan 10 berbalas 8.
Kejohanan boling Padang Piala Borneo 2013 yang menawarkan hadiah wang keseluruhan berjumlah AS$4000 (RM12,000) ini telah bermula sejak 24 Jun lalu akan melabuhkan tirainya pada 27 Jun. Kejohanan berlangsung di Kompleks Boling Padang Likas.

No comments:

Post a Comment