wbc headline

wbc headline

Tuesday 14 May 2013

WBC meriahkan Karnival Sukan Hyundai 2013 Daerah Tutong

Antara peralatan dan gambar yang dipamerkan di khemah boling padang WBC
TUTONG, 12 Mei - Karnival sukan Hyundai 2013 sekali lagi mengadakan projek jerayawaranya ke daerah-daerah. Selepas meninggalkan kenangan manis di Pekan Bangar, Temburong pada bulan April yang lepas, kini karnival tersebut menjejakkan kakinya ke Pekan Tutong di Daerah Tutong. acara kali ini berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Tutong.

Sepertimana juga di Daerah Temburong, di Daerah Tutong kali ini ini juga karnival tersebut turut disertai oleh Kelab Boling Padang Wisdom untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut dengan memperkenalkan sukan boling padang kepada masyarakat di Daerah Tutong.
Kelab Boling Padang Wisdom atau ringkasnya WBC dikepalai oleh Setiausaha Sementaranya Abdul Rahim Mohd Taib dengan dibantu oleh Timbalan Setiausaha sementara I & II, Ampuan Hjh Lily Maryani Ampuan Hj Salleh & Sufri bin Mohin membawa beberapa peralatan yang berkaitan dengan sukan boling padang untuk dipamerkan kepada para pengunjung yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi sukan tersebut.

Di sudut praktikal pula, para pengunjung dapat menyaksikan demo dan diajarkan cara bermain sukan boling padang oleh Ketua Jurulatih Sementara WBC, Hj Abd Ghafar POKL DSS Hj Mohd Taha. minat yang ditunjukkan oleh para pengunjung karnival tesebut tidak terbatas kepada yang sudah berusia tetapi juga berjaya menarik minat kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sukan tersebut. Sambutan dari orang ramai yang sangat menggalakkan pada hari tersebut juga telah menaikkan moral WBC untuk terus berkhidmat kepada negara dengan menyumbangkan tenaga bagi sama-sama mengembangkan dan memajukan sukan boling padang kesetiap pelusuk negara ini. Walaubagaimanapun sasaran dan objektif WBC adalah untuk mencari bakat-bakat baru dari kalangan remaja dan belia agar dapat menjadi aset jangka masa panjang bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan sukan boling padang di negara ini amnya dan ke persada antarabangsa khasnya.


Salah seorang pengunjung yang berjaya memenangi hadiah daripada Ketua Jurulatih Sementara WBC

Usaha seperti ini juga diharapkan akan dapat membantu pihak Persatuan Boling Padang Kebangsaan Negara Brunei Darussalam melihat bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan dan diberi perhatian untuk dibimbing dengan cara yang lebih teratur sehingga berjaya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Karnival yang berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Tutong itu dikelolakan oleh Setia Motor Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Belia dan sukan Daerah Tutong dan di kendalikan oleh Riziq Event Management.

No comments:

Post a Comment