wbc headline

wbc headline

Thursday 2 May 2013

Mesyuarat boling padang PSKK



Awang Sufri (duduk di meja) menerangkan mengenai pertandingan kepada pengurus yang hadir.
 BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei - Selepas penganjur disiplin badminton mengadakan mesyuarat pengurus pasukan yang mengambil bahagian, hari giliran penganjur disiplin boling padang pula mengadakan mesyuarat pengurus pasukan boling padang jabatan dan kementerian yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Pesta Sukan Kementerian-Kementerian 2013.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Boling Padang, Stadium Tertutup, Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Boling Padang Brunei Darussalam, Awang Sufri bin Mohin, selaku Pengarah Pertandingan yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 10 Mei 2013.
Pada mesyuarat itu juga diadakan pengesahan penyertaan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dan penentuan pertemuan antara peserta dalam tujuh disiplin, iaitu perseorangan, berpasangan dan Triple masing-masing bagi lelaki dan wanita serta satu disiplin regu campuran.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Boling Padang Negara Brunei Darussalam itu akan diadakan selama lima hari berdasarkan format perlawanan round robin dan disertai oleh pasukan boling padang daripada sepuluh kementerian.
Pada mesyuarat petang tadi Awang Sufri menerangkan mengenai perjalanan pengendalian dan pentadbiran sepanjang kejohanan dan menjawab sebarang kemusykilan yang ditimbulkan oleh pengurus pasukan yang hadir. - Media Permata -

No comments:

Post a Comment