wbc headline

wbc headline

Wednesday 10 April 2013

WBC Sertai Karnival Sukan Hyundai 2013


Pemenang pertama Nearest to the Jack dalam acara Boling Padang

TEMBURONG, 8 April - Karnival Sukan Hyundai 2013 yang bermula 7 April 2013 di Kompleks Sukan Temburong dengan pelbagai acara sukan berlangsung meriah dengan Muhammad Aziman bin Haji Awang Nasir, Pegawai Pentadbir Jabatan Daerah Temburong hadir selaku tetamu kehormat sekali gus merasmikan karnival.


Pasukan Thunderbird selaku juara bola jaring

Karnival pada hari pertama mempertandingkan bola sepak tujuh sepasukan terbuka dan disertai 17 pasukan sementara sukan bola jaring disertai enam pasukan. Selain itu, Kelab Boling Padang Wisdom  juga membuat demo sukan boling padang kepada orang ramai untuk mencuba sukan ini.
PMIT "A" muncul juara bola sepak tujuh sepasukan selepas menewaskan Lun Bawang "B" 1-0, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai $400 berserta pingat sementara Lun Bawang "B" meraih wang tunai $250.

Salah seorang pemenang pertandingan Nearest to the Jack acara Boling Padang
Tempat ketiga ialah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam "B" dan pasukan Lun Bawang "A" dengan kejayaan membawa pulang hadiah wang tunai $100.00 setiap pasukan.
Bagi acara bola jaring wanita terbuka, Thunderbird muncul juara setelah menewaskan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam 10-4 dan membawa pulang wang tunai $400 berserta pingat sementara MSSSBD di tempat kedua memperolehi wang tunai $300.
Tempat ketiga pasukan 3"bz membawa pulang wang tunai $150. SM Sultan Hassan, Temburong juga memperolehi $100.00 sebagai ganjaran tempat keempat dan pasukan tempat kelima LadyHawks NC meraih hadiah wang tunai $50.
Karnival Sukan Hyundai akan diteruskan lagi Jumaat ini dengan acara SepakTakraw Regu Terbuka dan penyertaan masih lagi dibuka sehingga 11 April ini.
Acara Sukan Ria dan peraduan mewarna juga akan diadakan jam 2.30 petang pada Jumaat dengan penyertaan boleh dibuat sebelum acara bola sepak berlangsung. Pada Ahad pula, akan berlangsung acara futsal terbuka dan bola sepak 5 sepasukan Bawah 14 Tahun dan penyertaan masih lagi dibuka sehingga 10 April dan awda masih boleh menghubungi Setiausaha Kehormat, Persatuan Bolasepak Amatur Daerah Temburong di talian 8803018.

No comments:

Post a Comment