wbc headline

wbc headline

Saturday 2 November 2013

WBC terima kunjungan SMK Derma dari Perlis Malaysia


SMK Derma dari Perlis bergambar ramai dengan Presiden WBC, Hj Johari Achee (Bertali leher) dan Timbalan Presiden ke-I WBC, Mohd Hilme Abd Aziz (Kameja Putih) serta AJK WBC & Penguasa Kompleks Pusat Boling Padang, Hj Mohd Salleh (8 dari kiri barisan belakang)
 Kelab Boling Padang Wisdom Negara Brunei Darussalam hari ini menghoskan perlawanan boling padang persahabatan serta perlawanan ujian sehari pertama menentang pasukan boling padang Sekolah Menengah Kebangsaan Derma Perlis.

Perlawanan yang dibahagikan kepada 2 kategori dalam 3 disiplin permainan itu berlangsung di pusat boling padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.
Antara disiplin permainan yang diadakan di sebelah pagi dan petang hari ini adalah Triples Pertama dan kedua lelaki, perseorangan lelaki, berpasangan perempuan dan Triples perempuan.
Di sebelah pagi pasukan pelawat berhadapan dengan pasukan Wisdom pertama sementara di sebelah petang pula pasukan berkenaan berhadapan dengan pemain remaja Kelab Boling Padang Wisdom Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada penuntut Sekolah Menengah Rimba.
Menurut Setiausaha Wisdom, Abdul Rahim Mohd Taib, perlawanan ujian itu dihasratkan akan menjadi medan menimba pengalaman dalam suasana perlawanan menentang pesaing daripada luar sekali gus menjadi platform mengeratkan usaha dan kerjasama dua hala antara pasukan yang terlibat.
“Pemain masa kini tidak tahan pukul berbanding orang lama, dan mungkin ini menjadi salah satu faktor kenapa kita gagal menjuarai mana-mana kejohanan di empat tahun kebelakangan ini” ujarnya.
Beliau kemudiannya menyeru supaya pemain muda akan terus komited berlatih dan berusaha menaikkan semula zaman kegemilangan sukan boling padang negara ini. - Media Permata -

No comments:

Post a Comment