wbc headline

wbc headline

Monday 30 December 2013

9 pasukan WBC Brunei berentap di Labuan

LABUAN, 29 Dis – Kejohanan Boling Padang Mixed Triples Antarabangsa Terbuka Labuan sempena ambang Tahun Baru 2014 akan membuka tirainya pada 29 Disember.
Kejohanan ini menyaksikan sembilan pasukan dari Kelab Boling Padang Wisdom Negara Brunei Darussalam bersaing dengan beberapa pasukan serantau seperti Sabah dan tuan rumah, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
Selain itu, empat lagi pasukan Brunei dari kalangan para pemain senior turut mengesahkan penyertaan untuk berentap pada kejohanan kali ini.
Dari Sembilan buah pasukan, Kelab Boling Padang Wisdom (WBC) menghantar lima pasukan junior dengan objektif memberikan pendedahan perlawanan antarabangsa selain menimba pengalaman bertanding melawan para pemain yang jauh lebih handal.
Walau bagaimanapun, pasukan WBC A berdepan tugas sukar apabila diundi dalam kumpulan sama dengan bekas juara kejohanan di Kota Kinabalu iaitu pasukan Sabah.
Selain itu juga mereka akan berdepan skuad utama Labuan iaitu pasukan Sukma A. Laluan mereka juga tambah sukar apabila turut bertemu juara bertahan pasukan Brunei Perdana.
Kejohanan di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan itu nanti bakal menyaksikan 30 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara kejohanan yang akan berakhir pada 1 Januari 2014.

No comments:

Post a Comment