wbc headline

wbc headline

Tuesday 12 January 2016

WBC JUARA BOLING PADANG PADANG PIALA PRESIDEN 2015

PRESIDEN Kelab Boling Padang Wisdom, Awang Haji Johari bin Awang Achee menjulang piala presiden bersama pemain WBC, Nur Uzma Khadijah @ Esmawandy Haji Brahim & Hajah Amaliah Hj Metali.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, Khamis, 31 Disember. - Kelab Boling Padang Wisdom dari Negara Brunei Darussalam merangkul gelaran juara Piala Presiden WBC edisi pertama selepas menundukkan Kelab Sukan, Kebajikan & Kebudayaan dalam perlawanan timbal balik dengan keputusan 19 mata berbalas 13 selepas mencatatkan enam kemenangan dan satu seri dari 11 perlawanan.
Di hari pertama kejohanan yang berlangsung di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan Malaysia itu, WBC melakar tiga kemenangan dari lima perlawanan.
Di hari terakhir perlawanan, WBC telah menerima tentangan paling sengit daripada pasukan KSKK PL apabila terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata selepas mencatatkan keputusan seri sembilan sama dalam perlawanan Triples VIP.
JUARA Piala Presiden 2015 bergambar ramai dengan Presiden WBC dan Presiden KSKK PL.
Walau bagaimanapun, WBC memperolehi sembilan mata menerusi tiga disiplin berbeza. Awang Haji Osman bin Haji Yahya yang bergandingan dengan Awang Haji Mat Rasil bin Haji Ahmad mencatatkan keputusan selesa menundukkan pasangan Labuan dengan kiraan 20 - 8.
Turut mencatatkan kemenangan ialah pasukan Fours WBC yang menang selesa 12 - 5 dan WBC memastikan kemenangan mutlak menjadi milik mereka apabila pemain Triples menang tipis 8 - 6.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh tetamu kehormat, Awang Haji Johari bin Awang Achee yang juga Presiden Kelab Boling Padang Wisdom.
Turut hadir ialah Presiden KSKK PL, Encik Shahrulnizam Sapar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Encik Haji Rithuan bin Haji Ismail.
Selaku Juara, WBC membawa pulang piala presiden yang juga piala pusingan serta sebuah piala iringan.
Persefahaman yang erat dan hubungan baik kedua-dua buah kelab berkenaan menjadi satu titik tolak pada hubungan kerjasama dua hala untuk jangka masa panjang terutamanya dalam sukan boling padang.
Courtesy: Pelita Brunei

No comments:

Post a Comment